Saturday 29 November 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. INCOME RM900 sehari.. FREEREGISTER.. tiada apa-apa bayaran dikenakan..(Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari orang, tak perlu jual barang.. syarat kelayakan anda ada FACEBOOK, WHATSSAP, WECHAT dan tahu guna komputer sikit2 termasuk laman sosial yang lain.. anda perlu open link di bawah dan register.. anda terus dapat USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini.. paste ktfb,tweeter dan sebagainya.. setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda bolehpilih sama ada duit masuk ke acc bank anda atau cek dipos ke alamat rumah anda..register PERCUMA, sila isi kat sini.. tak salahkan kalau anda mencuba http://peruserpaid.com/?ref=69431

Wednesday 15 October 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini 


1. Air yang penuh dalam tempayan itu tidak akan berkocak.
Orang yang mempunyai banyak ilmu biasanya pendiam.

2. Air yang jernih, ikannya jinak.
Di negeri yang makmur dan aman, rakyatnya baik-baik dan berbudi.

3. Akal bagai akar, dipulas tidak putus. 
Orang yang pintar susah dikalahkan.

4. Akal bagai labah-labah, di gua buruk suka merakut.
Amat pandai menipu.

5. Akal tak sekali datang; runding tak sekali tiba.
Mesti tekun dan sabar kerana tidak ada kerja yang serta-merta boleh mendatangkan hasil ataupun menjadi sempurna.

6. Akar terjuntai, tempat siamang berpegang. 
Apabila hendak tahu salah orang, dengarkan tutur katanya.

7. Aku kalah, engkau pun tidak menang.
Tidak mahu mengakui kekalahan. 

Friday 10 October 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini


1. Air surut, sampah ke hilir bersama; air pasang, sampah tersangkut.
Dalam kerja yang tidak menguntungkan kita diajak bersama,apabila untung kita diketepikan. 

2. Air susu dibalas dengan air tuba.
Budi baik dibalas jahat.

3. Air takkan pasang selalu, di mana masanya ia sentiasa surut.
Nasib tidak dapat ditentukan. 

4. Air tawar secawan dituang ke laut, tidak akan dapat menghilangkan masinnya. 
Diberi bantuan kecil untuk masalah besar. 

5. Air tenang jangan disangka tiada buaya. 
Orang pendiam jangan disangka bodoh ataupun penakut. 

6. Air tenang menghanyutkan. 
Orang pendiam membahayakan. 

7. Air yang dingin juga dapat memadamkan api. 
Kata-kata lembut dapat meredakan marah.

Wednesday 1 October 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini


1. Air laut hijau, siapakah yang mewarnakannya?
kekayaan tidak perlu diheboh-hebohkah.

2. Air mudik sungai, semua teluk diranai.
Orang boros tidak memilih-milih apabila membeli.

3. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Patuhilah adat dan peraturan, walau di mana jua kita berada. 

4. Air pun ada pasang surutnya. 
Ada masanya untung, ada masanya rugi. 

5. Air sama air, sampah ke tepi jua. 
Hubungan darah dan kekeluargaan lebih kuat daripada orang lain. 

6. Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
Perkara kecil dibesar-besarkan.

Monday 29 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (29092014)


1. Air dicencang, takkan putus.
Hubungan kekeluargaan tidak dapat diputuskan.

2. Air diminum rasa seperti duri; nasi dimakan rasa seperti sekam.
Sangat sedih.

3. Air keruh, ikan limbat keluar. 
Apabila berlaku keadaan kacau-bilau dan huru-hara, orang jahat akan mencari untung. 

Sunday 28 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini 


1. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. 
Hidup tidak boleh mementingkan diri sendiri.

2. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. 
Walau apa sekalipun yang dibuat, jangan melanggar adat dan agama. 

3. Adat dipakai baru, kain dipakai usang. 
Adat yang baik, apabila diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya, kain apabila dipakai akan menjadi buruk. 

4. Adat juara, ada kalah ada menang. 
Apabila berani bertanding, tentu ada risiko kalah. 

5. Adat orang mengail, jikalau ikan terlepas tentulah dikatakan ikan itu besar. 

6. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

7. Adat pulau limburan pasang. 
Hidup hendaklah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin; yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. 

8. Adat sepanjang jalan; cupak sepanjang betung. 
Hidup tidak akan terlepas daripada peraturan; setiap tempat ada adat kebiasaannya sendiri. 

9. Adat teluk, timbunan pasir. 
Apabila kita kaya, banyak orang akan meminta tolong. 

10. Air besar boleh menghanyutkan. 
Orang pendiam, biasanya berilmu. 

11. Air besar, tetapi sampan tidak hanyut.
Apa-apa yang diharapkan tidak berlaku.

12. Air dalam berenang; air dangkal bercebok.
Apabila berbelanja biarlah ikut kemampuan. 

Wednesday 24 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (24092014)


1. Adakah akan hilang bisa ular yang meyusup di bawah akar?
Orang yang mulia, tidak akan jatuh martabatnya dan menjadi hina apabila dia merendah diri.

2. Adakah sama air hujan dengan air telaga.
Taraf dan kedudukan orang-orang yang kaya lagi mulia dan tidak akan sama dengan orang yang miskin lagi hina. 

3. Adat air cair, adat api panas.
Tiap-tiap sesuatu mempunyai sifat-sifat semula jadi yang tidak akan berubah.