MINGGU 5

Minggu 5: Membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

- prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan web Bahasa Melayu
- membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah : Frog VLE


Sinopsis tugasan: 


Tugasan minggu 5 sangat mencabar, kerana kami dikehendaki membina sebuah laman web pembelajaran ataupun dengan perkataan lain membina sebuah blog. Bahan-bahan yang diperoleh dan tugasan pada setiap minggu akan dimuat naik di laman blog tersebut. Selain itu, pada minggu 5 juga kami dikehendaki untuk menghasilkan satu pakej pembelajaran bahasa Melayu dengan memberi penekanan kepada pengaplikasian kemahiran yang telah dipelajari.


































Pakej Pembelajaran 











Refleksi 


Minggu 5 merupakan minggu yang paling penting, kerana pada minggu ini kami dikehendaki membina dan menggunakan laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam PdP bahasa Melayu. Saya telah membina satu blog yang boleh diakses di URL: http://bmm3053mohtarkamaludin.blogspot.com/. Manakala bagi pakej tutorial pula, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan satu pakej pembelajaran untuk PdP bahasa Melayu tahun 4. Penghasilan pakej pembelajaran adalah menggunakan perisian Microsoft Office Power Pount. Ini merupakan penghasilan pakej pembelajaran kedua sepanjang saya menuntut di sini. Hal ini kerana pada semeseter 1 program persediaan, saya juga pernah menghasilkan pakej pembelajaran untuk memenuhi kehendak tugasan kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Penghasilan pakej pada kali agak mencabar, kerana saya perlu menghasilkan pakej pembelajaran yang khusus untuk pengajaran bahasa Melayu. Cabaran utama dalam penghasilan pakej ini ialah dari aspek pemilihan bahan yang sesuai dengan objektif pelajaran yang telah saya tetapkan sendiri. Namun demikian, pengetahuan sedia ada membantu saya mengatasi masalah ini dengan berkesa. Sebaliknya, penghasilan laman web pembelajaran merupakan sesuatu yang baru kepada saya. Hal ini kerana, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai blog sendiri. Pada peringkat permulaan dalam membinan blog, saya agak lambat untuk menangkap cara membina blog yang dijelaskan oleh Ruddy. Namun demikian, tunjuk ajar Ruddy secara peribadi membantu saya membina sebuah blog yang cukup membanggakan saya. Kesemua bahan yang diperoleh dan dikumpul pada minggu yang sebelumnya akan di muat naik ke blog tersebut. Oleh yang demikian, pada minggu 5, saya bukan sahaja mengetahui cara untuk membina blog, tetapi pelbagai kemahiran lain yang saya peroleh seperti cara-cara memuat naik bahan-bahan ke blog, cara menyusun atur laman utama blog supaya lebih tersusun dan lain-lain. 

No comments:

Post a Comment