MINGGU 3

Minggu 3: Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet.


- memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet.
- memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan perisian persembahan atas talian atau luar talian. 
- mengaplikasi pengetahuan tentang jenis hak cipta (lesen Creative Commons) bagi mendapatkan bahan yang boleh digunakan dalam bilik darjah. 


Sinopsis Tugasan: 
Tugasan minggu 3 mengkehendaki kami untuk mencari bahan yang berkaitan dengan etika penggunaan internet dan hak cipta dan seterusnya memuat turu bahan tersebut. Berpandukan bahan yang telah dimuat turun, kami dikehendaki untuk menyediakan brosur dan slaid Power Point. Saya telah menyediakan brosur yang berkaitan dengan etika penggunaan internet dan menggunakan slaid Power Point untuk menerangkan mengenai Hak Cipta. Berikut merupakan tugasan dalam brosur dan slaid Power Point yang telah disiapkan. 



* Etika penggunaan internet

- Brosur etika penggunaan internet.





* Hak cipta bahan

Slaid Power Point Hak Cipta Bahan 


















Refleksi

Pembelajaran minggu 3, masih lagi mengaplikasikan kemahiran penggunaan internet dan enjin pencari, tetapi berfokus kepada garis panduan dan etika penggunaan internet. Kami dikehendaki memuat turun bahan berkenaan dengan etika penggunaan internet dan hak cipta. Maklumat-maklumat daripada bahan yang diperoleh dipindahkan ke dalam bentuk brosur dengan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher dan Microsoft Offoce Power Point. Sepanjang sesi pembelajaran pada minggu 3, saya belajar dan mempertajam kemahiran menghasilkan brosur yang selama ini tidak dapat saya kuasai dengan baik. Saya bersyukur dapat menghasilkan satu brosur yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemahiran saya. Saya akan berusaha dengan lebih tekun lagi pada masa akan datang untuk menguasai kemahiran menghasilkan brosur dengan baik. Manakala bagi tugasan penghasilan slaid Power Point pula ialah merupakan tugasan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran sedia ada saya. Oleh itu, kedua-dua tugasan ini dapat membantu membaiki dan meningkatkan kemahiran sedia ada saya dalam menghasilkan brosur dan slaid Power Point.


3 comments:

  1. semoga memberi idea dan maklumat...

    ReplyDelete
  2. kalau encik tak keberatan ajar bah saya mcm yg encik buat ni... -feeling minta kesian
    buuli ba kannn???

    ReplyDelete
  3. buli...ba...tp lebih bagus tanya y lebih pakar...

    ReplyDelete