Menggunakan internet, enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
a. Kemahiran mendengar dan bertutur
- Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
- Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
- Menggunakan folder dalam perkomputeran awam untuk berkongsi bahan. Contohnya: Google Drive/Dropbox
- Menggalakkan usaha kolaboratif dalam perkongsian bahan.
Sinopsis tugasan:
Tugasan pada minggu 2 mengkehendaki kami untuk mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks daripada internet. Bahan yang dikumpul berdasarkan kemahiran asas Bahasa Melayu iaitu, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, kami juga dikehendaki untuk memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas Bahasa Melayu. Kesesuaian bahan yang dipilih perlulah berdasarkan objektif pembelajaran setiap kemahiran tersebut. Oleh itu, saya telah menggunakan Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahun 1 sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan tugasan ini.
a. Kemahiran mendengar dan bertutur
Objektif 1
|
mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi
dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
|
Tajuk 1
|
Bunyi-bunyi haiwan
|
Kesesuaian
|
Bahan ini mengandungi bunyi-bunyi haiwan seperti ayam,
angsa, lembu dan lain-lain. Murid-murid boleh mendengar, mengecam dan
mengajuk bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah video yang memaparkan bunyi-bunyi alam
seperti bunyi air terjun, ombak, angin dan lain-lain. guru boleh menggunakan
bahan ini dengan meminta murid untuk mengecam bunyi yang diperdengarkan dan
menyatakan arah bunyi atau tempat terdapat bunyi tersebut.
|
Objektif 2
|
mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan
betul;
|
Tajuk 1
|
Cita-citaku
|
Kesesuaian
|
Bahan audio ini bertajuk ‘Cita-citaku’. Seni kata lagu
ini menyatakan beberapa pekerjaan seperti doktor dan peniaga yang boleh
menjadi cita-cita murid dan secara tidak langsung dapat memotivasikan murid
untuk berusaha bersungguh-sunggh untuk mencapai cita-cita tersebut.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan slaid power point tentang kenderaan darat seperti basikal, motosikal,
kereta dan lain-lain. Slain ini juga menunjukkan ejaan yang betul bagi setiap
kenderaan yang ditunjukkan. Menggunakan bahan ini, guru boleh meminta murid
untuk menyebut semula kenderaan yang telah ditunjukkan.
|
Objektif 3
|
mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan
yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan grafik pokok yang mempunyai
beberapa perkataan yang mengandungi vokal berganding seperti taat, baik, jauh
dan lain-lain. menggunakan bahan ini guru boleh menyebut dan mengeja
perkataan tersebut untuk didengar, dieja, dan disebut oleh murid.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan seni kata lagu yang bertajuk
pesanan Pak Usu. Lagu ini dinyanyikan menggunakan irama lagu ‘Buai
laju-laju’. Menggunakan bahan ini, murid-murid dikehendaki mengeja perkataan
yang mengandungi diftong daripada seni kata tersebut.
|
Objektif 4
|
mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal
dengan betul dan tepat;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan ayat tunggal dalam bentuk biasa dan
dalam bentuk songsang. dengan menggunakan bahan ini, murid-murid dikehendaki
untuk mendengar dan menyebut semula ayat tunggal dengan betul dan tepat
mengikut bacaan guru.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini pula merupakan dialog ringkas Mei Ling dalam
pelbagai situasi. Murid dikehendaki untuk melakonkan dialog tersebut dengan
menggunakan sebutan yang betul.
|
Objektif 5
|
mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan
atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan sebuah lagu yang bertajuk ‘Air
Pasang Pagi’. Menggunakan bahan ini guru boleh meminta murid memberi respon
terhadap seni kata lagu tesebut. Selain itu, guru juga boleh meminta murid
untuk menyanyi bersama-sama dan menggerakkan tubuh badan mengikut rentak
lagu.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini pula merupakan sebuah lagu yang bertajuk
‘Terima Kasih Cikgu’. Seni kata lagu ini merupakan penghargaan terhadap jasa
guru yang mendidik murid sejak dari mula, daripada tidak tahu kepada tahu.
Menggunakan bahan ini, guru boleh meminta murid untuk menyatakan pengalaman
mereka semasa mula-mula masuk sekolah dan menyatakan jasa-jasa seorang guru.
|
Objektif 6
|
bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan
menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri
pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan slaid power
point ini mengandungi gambar bersiri tentang faedah berkebun. Guru boleh
menggunakan bahan ini untuk bersoal jawab dengan murid mengenai gambar
tersebut dan membina ayat mudah berkaitan gambar serta menyatakan permintaan
seperti meminta kebenaran atau permintaan seperti “Ayah, bolehkah saya
menanam pokok rambutan di sini” dan lain-lain.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan slaid power point yang mengandungi gambar tunggal yang menunjukkan
suasana di halaman sebuah rumah. Guru boleh menggunakan bahan ini untuk
bersoal jawab mengenai aktiviti yang mereka lakukan pada hujung minggu atau
pada cuti sekolah. Selain itu, guru juga boleh membimbing murid untuk
menyatakan permintaan seperti “Mak, bolehkah saya bermain bola” dan
sebagainya.
|
Objektif 7
|
bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan
semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan video ini memaparkan suasana di dalam kelas. Di
dalam video tersebut, guru bersoal jawab mengenai cita-cita setiap murid dan
guru tersebut menegaskan bahawa untuk mencapai cita-cita yang diimpikan,
murid-murid perlulah mengelakkan diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan
dadah. Menggunakan bahan ini, guru boleh meminta murid untuk menceritakan
semula video yang telah mereka tonton dengan menggunakan intonasi yang betul
dan sebutan yang jelas.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan video sebuah cerita binatang iaitu
‘Ayam dan Helang’. Video ini menceritakan tentang kisah seekor ayam yang
ingin terbang tinggi seperti helang. Menggunakan bahan ini, guru boleh
meminta murid untuk menceritakan semula kisah ‘Ayam dan Helang’ yang telah
mereka tonton menggunakan ayat tunggal yang tepat dengan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul.
|
Objektif 8
|
berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu
perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Video ini memaparkan kisah sebuah keluarga yang
mengamalkan cara hidup sihat dan berjimat cermat iaitu dengan berkebun.
Menggunakan bahan ini, murid-murid dikehendaki menyampaikan maklumat yang
mereka perolehi daripada video yang telah mereka tonton menggunakan perkataan
yang sesuai secara bertatasusila. Misalnya mengangkat tangan atau meminta
kebenaran daripada guru sebelum menjawab atau menyampaikan maklumat yang
mereka perolehi.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Manakala video ini pula merupakan sebuah animasi yang
menunjukkan suasana di sebuah pasar raya. Selain itu, video ini juga menegaskan
kepentingan membeli barangan buatan Malaysia. guru boleh menggunakan bahan
ini untuk bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyampaikan maklumat
yang mereka perolehi daripada video tersebut menggunkan perkataan yang tepat
dan sesuai.
|
b. Kemahiran
membaca
Objektif 1
|
membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara
mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Petikan ini mengandungi pelbagai bentuk ayat yang
memerlukan sebutan dan intonasi yang betul. Secara tidak langsung dapat
membantu murid menyebut pelbagai perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
|
Tajuk 2
|
Sang Monyet yang degil bahan\obj 1_tajuk 1.docx
|
Kesesuaian
|
Petikan cerita ini mengisahkan tentang seekor monyet
yang kelaparan dan sedang mencari makanan. Cerita ini menggunakan pelbagai
bentuk ayat seperti ayat tunggal, ayat tanya dan dialog. Penggunaan petikan
cerita ini membolehkan murid memerlukan murid untuk membaca dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
|
Objektif 2
|
membaca
dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
betul;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan
ini merupakan seni kata lagu yang bertajuk Pesanan Pak Usu. Seni kata ini
mengandungi perkataan yang mengandungi diftong, digraf, dan konsonan
bergabung.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan
ini merupakan cerita pendek yang mengisahkan seekor arnab yang pemalas. Bahan
ini sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran membaca murid tahun 1 kerana
menggunakan ayat yang mudah dan mengandungi banyak pengajaran dan nilai moral
yang sesuai.
|
Objektif 3
|
membaca
ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Petikan
ini mempunyai banyak ayat tunggal. Selain daripada dapat membaca ayat tunggal
dengan sebutan yang betul petikan ini juga mempunyai pelbagai perkataan
baharu yang dapat memperkayakan kosa kata murid. Bahan ini sesuai kerana
memerlukan murid untuk memilih jawapan yang sesuai sebelum membaca petikan
yang lengkap.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Petikan
ini sesuai digunakan untuk mengajar objektif 3 kerana tidak menggunakan
banyak kata bual atau dialog. Petikan ini menggunakan banyak ayat tunggal dan
dapat melatih murid membaca ayat tunggal dengan berkesan.
|
Objektif 4
|
membaca
dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul;
|
Tajuk 1
|
Arnab
dengan buaya (Obj 4_Arnab
dengan buaya.docx)
|
Kesesuaian
|
Petikan
cerita ini mempunyai pelbagai bentuk ayat seperti ayat tunggal, ayat majmuk
dan dialog. Murid boleh membaca dengan sebutan, intonasi dan mengikut jeda
mengikut tanda baca yang betul dan bentuk ayat yang pelbagai.
|
Tajuk 2
|
Puteri
Sulung Puteri Bongsu (Obj
4_Arnab dengan buaya.docx)
|
Kesesuaian
|
Petikan
cerita ini mengandungi pelbagai bentuk ayat yang menggunakan pelbagai tanda
baca. Menggunakan petikan ini, murid-murid boleh diajar untuk membaca dengan
sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul.
|
Objektif 5
|
membaca dan
memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti
idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Petikan ini
berkaitan dengan permainan tradisional iaitu congkak. Berdasarkan petikan
ini, murid boleh mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi tentang
permainan ini dari aspek cara permainan, pemain, alatan permainan dan
lain-lain.
|
Tajuk 2
|
Sihatkah
saya?
|
Kesesuaian
|
Grafik ini
menunjukkan tabiat pemakanan yang kurang sihat. Melalui gambar ini, murid
boleh mengetahui idea utama yang disampaikan melalui gambar tersebut iaitu
tabiat makan yang tidak sihat. Melalui gambar ini juga, murid dapat membuat
klasifikasi daripada gambar tersebut seperti cara makan, jenis-jenis makanan
dan lain-lain.
|
Objektif 6
|
membaca,
memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan
memindahkan kepada bentuk bukan grafik
|
Tajuk 1
|
Buah-buahan
tempatan
|
Kesesuaian
|
Grafik ini
menunjukkan salah satu contoh buah-buahan tempatan iaitu betik. Berdasarkan
gambar ini, murid-murid boleh memahami maklumat yang terdapat daripada grafik
tersebut misalnya warna, bentuk, rasa (melalui pengalaman murid).
|
Tajuk 2
|
Kebersihan
diri
|
Kesesuaian
|
Grafik ini
menunjukkan salah satu cara menjaga kebersihan diri iaitu, mandi dengan
bersabun. Menggunakan bahan ini, murid-murid boleh menyatakan cara-cara
menjaga kebersihan diri iaitu mandi yang betul untuk menjaga kebersihan diri.
|
Objektif 7
|
membaca dan
memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata
dan menambah pengetahuan
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Pantun teka
teki boleh merangsang minat murid dan menimbulkan keseronokan. Selain itu,
pantun teka teki ini juga boleh memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan
murid.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Syair lima
rangkap ini mengandungi nasihat-nasihat berguna kepada dalam kehidupan
seharian murid. Syair ini juga mengandungi pelbagai kosa kata baharu yang
boleh menambah pengetahuan dan memperkasa kosa kata murid.
|
c. Kemahiran menulis
Objektif 1
|
melakukan
aktiviti pra menulis dengan betul
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Lembaran kerja ini mengandungi latihan pra menulis
iaitu menyambungkan titik untuk membentuk garisan tertentu seperti garisan
lurus, melengkung dan ‘zig-zag’. Latihan ini dapat membantu murid membina
kemahiran pra menulis dan latihan koordinasi mata dan tangan dengan baik.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Lembaran kerja ini memerlukan murid-murid untuk
menyambung titik membentuk gambar-gambar tertentu seperti kereta, sayur dan
bunga serta mewarnakan gambar yang telah siap. Latihan ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran pra menulis dan koordinasi mata dan tangan murid.
|
Objektif 2
|
menulis
secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka
dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini (lembaran kerja) sesuai digunakan untuk
melatih murid menulis bentuk-bentuk secara mekanis.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Lembaran kerja ini pula memerlukan murid untuk
mengisi tempat kosong, memadankan perkataan dengan gambar, memilih suku kata
yang sesuai dan lain-lain. Penggunaan lembaran kerja ini secara tidak
langsung mendedahkan murid kepada suku kata terbuka dan tertutup.
|
Objektif 3
|
menulis
perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan petikan pendek yang mengandungi
diftong, digraf, vokal berganding dan konsonan bergabung yang telah
digariskan. Menggunakan bahan ini, murid dikehendaki mengklasifikasikan
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dan menulis di dalam
ruangan yang telah disediakan.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini pula merupakan seni kata lagu yang
bertajuk ‘ Pesanan Pak Usu’. Lagu ini dinyanyikan mengikut irama lagu ‘Buai
laju-laju’. Setelah menyanyikan lagu tersebut, murid-murid dikehendaki
mengenal pasti diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung yang
terdapat dalam seni kata tersebut.
|
Objektif 4
|
menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan
tulisan yang kemas
|
Tajuk 1
|
Bina ayat berdasarkan gambar Bahan\Obj 4_tajuk 1.jpg
|
Kesesuaian
|
Gambar ini mengandungi lima frasa iaitu, menggantung
gambar, membawa secawan air, membaca surat khabar, melipat baju dan mengajar
adik. Menggunakan bahan ini, murid-murid dikehendaki membina ayat tunggal
dengan betul dan tulisan yang kemas menggunakan frasa yang diberikan
berdasarkan gambar tersebut.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Manakala bagi bahan ini pula merupakan gambar
aktiviti riadah yang dijalankan di taman yang mempunyai sebuah tasik.
Murid-murid dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan gambar berdasarkan
gambar tersebut dengan betul dan tulisan yang kemas.
|
Objektif 5
|
membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan
betul
|
Tajuk 1
|
Keluarga Azmi Bahan\obj
5_tajuk 1.docx
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan gambar yang menunjukkan aktiviti
yang dijalankan oleh keluarga Azmi pada hujung minggu. Selain itu, bahan ini
juga menyediakan perkataan yang menjadi paduan murid untuk membina ayat yang
betul. Perkataan tersebut ialah, menyapu, mencuci, memasak, membuang dan
bersih. Murid-murid dikehendaki membina dan menulis ayat dengan betul di
ruangan yang telah disediakan.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan gambar tunggal yang menunjukkan
suasana murid yang melintas jalan raya di hadapan sebuah sekolah. Menggunakan
bahan ini, guru boleh meminta murid-murid untuk menulis perkataan atau frasa
yang menggambarkan suasana tersebut dan seterusnya meminta murid-murid
menulis ayat yang lengkap menggunakan perkataan yang telah ditulis.
|
Objektif 6
|
menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi
suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah teks cerita yang bertajuk ‘Arnab
yang sombong’. Teks cerita ini mengandungi perkataan yang terdiri daripada
suka kata terbuka seperti lumba,
berhenti, malu dan lain-lain. Teks cerita ini juga mengandungi perkataan
yang terdiri daripada suku kata tertutup seperti lambat, yakin, melantik, hakim dan lain-lain. Guru boleh
menggunakan perkataan tersebut dalam aktiviti imlak.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan sebuah teks ringkas yang
bertajuk ‘Sayangi gigi anda’. Terdapat perkataan yang terdiri daripada suku
kata terbuka seperti menjaga, sehingga,
gigi dan sebagainya. Di samping itu, teks ini juga mengandungi perkataan
yang terdiri daripada suku kata tertutup seperti makan, tidur, diberus dan lain-lain. Perkataan-perkataan ini
boleh digunakan dalam aktiviti imlak.
|
Objektif 7
|
mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan
betul untuk diklasifikasikan
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah sebuah petikan yang bertajuk ‘Hafiz
yang baik’. Petikan ini menceritakan tentang Hafiz, iaitu seorang murid tahun
satu di Sekolah Kebangsaan Maju Jaya dan menceritakan rutin seharian Hafiz.
Petikan ini menggunakan pelbagai bentuk kata seperti kata tunggal dan kata
berimbuhan. Guru boleh meminta murid untuk mengenal pasti kata berimbuhan
akhiran dan mencatat perkataan tersebut di dalam jadual yang telah disediakan.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Teks ini bertajuk ‘Aku sebuah basikal’. Menggunakan
bahan ini, murid-murid dikehendaki untuk mencari dan mencatat maklumat yang
berkaitan di dalam jadual yang telah disediakan.
|
Objektif 8
|
menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat
menggunakan bahasa yang santun
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan grafik ini menunjukkan suasana di Kelas 1
Bersih. Murid-murid di kelas itu sedang bekerjasama membersihkan kelas. Guru
boleh menggunakan bahan ini dengan meminta murid menulis ayat untuk
menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam gambar tersebut.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan teks bergambar mengenai suasana
di padang yang dipenuhi dengan orang yang bermain layang-layang. Menggunakan
bahan ini, murid-murid dikehendaki menulis ayat dan menyampaikan maklumat
mengenai gambar tersebut.
|
Objektif 9
|
menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan
naratif secara terkawal dengan betul
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan teks bergambar yang menyediakan
beberapa tempat kosong yang perlu diisi oleh murid-murid. Murid-murid
dikehendaki mengisi tempat kosong berdasarkan gambar yang disediakan.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan iklan keselamatan pengguna jalan
raya. Menggunakan bahan ini, murid-murid dikehendaki mengisi tempat kosong
menggunakan perkataan yang disediakan.
|
Objektif 10
|
mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada
aspek ejaan
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah teks ringkas yang ditulis
menggunakan ejaan yang salah. Guru boleh meminta murid-murid untuk menyalin
semula petikan tersebut dengan ejaan yang betul.
|
Tajuk 2
|
Berkelah di Pantai Teluk Kemang Bahan\Obj
10_tajuk 2_Salin semula petikan dengan ejaan dan tanda baca yang betul.docx
|
Kesesuaian
|
Petikan ini merupakan sebuah teks yang ditulis
menggunakan huruf kecil sepenuhnya. Oleh itu, murid-murid dikehendaki untuk
menyalin semula teks tersebut dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang
betul.
|
Refleksi
Pembelajaran pada minggu 2 masih lagi
berfokus kepada penggunaan internet dan enjin pencari bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Namun demikian, tugasan pada minggu 2 memerlukan
kami untuk mencari bahan menggunakan internet dan enjin pencarian berdasarkan
objektif pembelajaran setiap kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Saya mengambil keputusan
untuk menggunakan Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahun 1 sebagai rujukan untuk
objektif pembelajaran setiap kemahiran bahasa. Selain itu, kami dikehendaki
menyediakan dua bahan bagi satua objektif setiap kemahiran. Setiap bahan yang
dipilih dinyatakan kesesuaiannya dengan objektif tersebut. Tugasan pada minggu
2 lebih mencabar daripada minggu yang sebelumnya. Walaupun masih berfokus
kepada penggunaan internet dan enjin carian, namun penyediaan bahan berdasarkan
setiap objektif bagi kemahiran bahasa tersebut adalah sangat rumit kerana perlu
memberi penekanan kepada rasional pemilihan bahan tersebut. Namun, saya satu
pengalaman yang sangat berharga yang dapat saya kutip ialah melakukan suatu
kerja atau tugasan dengan sistematik dan teratur.
No comments:
Post a Comment