MINGGU 4

Minggu 4: Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu 


- memilih bahan sastera
- memilih bahan tatabahasa
- memilih bahan bidang ilmu lain


Sinopsis Tugasan: 
Pada minggu empat pula kami dikehendaki untuk memilih bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang melibatkan bahan sastera, tatabahasa atau bahan bidang ilmu lain. Tugasan pada minggu 4 mengkehendaki kami untuk mengedit video dengan menggunakan perisian Video Editor Wonder Share


Bahan untuk pembelajaran Minggu 4







Video yang belum diedit





Video yang telah diedit


Refleksi 

Pada minggu 4, pembelajaran berfokus kepada pemilihan bahan untuk PdP bahasa Melayu iaitu memilih bahan sastera, memilih bahan tatabahasa dan memilih bahan bidang ilmu lain. Pensyarah pembimbing telah menghantar satu sedutan video ke e-mel kelas dan kami diminta untuk memuat turun video tersebut sebagai bahan tugasan. Tugasan pada minggu 4 ialah mengedit sedutan video menggunakan aplikasi Video Editor Wonder Share. Saya mengalami masalah semasa melakukan tugasan tersebut kerana aplikasi yang telah diinstall tidak berfungsi dengan baik dan kerap terganggu sehingga mengganggu fokus saya terhadap tugasan. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan saya agak lambat dalam menyiapkan tugasan tersebut. namun demikian, bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan rakan-rakan membolehkan saya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya. 

No comments:

Post a Comment