REFLEKSI

Minggu 1


Pembelajaran pada Minggu 1 berfokus kepada penggunaan enjin untuk mancari bahan Bahasa Melayu. Bahan yang dicari akan diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu teks, audio, video dan imej. Bahan-bahan tersebut akan dikategorikan kepada dua bentuk iaitu alamat internet dan katalog internet. Sepanjang mengikuti pembelajaran sepanjang Minggu 1, pelbagai pengetahuan baharu yang daya perolehi. Antaranya, ialah penggunaan enjin carian untuk mencari bahan Bahasa Melayu. Enjin carian yang sering digunakan ialah Google, Mozila Firefox, Internet Explorer, Ask dan lain-lain. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan membezakan antara alamat internet dan katalog internet. Oleh yang demikian, pengetahuan yang saya perolehi dapat membantu saya mengklasifikasikan maklumat yang diperolehi kepada kategori-kategori yang tertentu untuk mencari bahan Bahasa Melayu.


Minggu 2

Pembelajaran pada minggu 2 masih lagi berfokus kepada penggunaan internet dan enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Namun demikian, tugasan pada minggu 2 memerlukan kami untuk mencari bahan menggunakan internet dan enjin pencarian berdasarkan objektif pembelajaran setiap kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahun 1 sebagai rujukan untuk objektif pembelajaran setiap kemahiran bahasa. Selain itu, kami dikehendaki menyediakan dua bahan bagi satua objektif setiap kemahiran. Setiap bahan yang dipilih dinyatakan kesesuaiannya dengan objektif tersebut. Tugasan pada minggu 2 lebih mencabar daripada minggu yang sebelumnya. Walaupun masih berfokus kepada penggunaan internet dan enjin carian, namun penyediaan bahan berdasarkan setiap objektif bagi kemahiran bahasa tersebut adalah sangat rumit kerana perlu memberi penekanan kepada rasional pemilihan bahan tersebut. Namun, saya satu pengalaman yang sangat berharga yang dapat saya kutip ialah melakukan suatu kerja atau tugasan dengan sistematik dan teratur.

Minggu 3

Pembelajaran minggu 3, masih lagi mengaplikasikan kemahiran penggunaan internet dan enjin pencari, tetapi berfokus kepada garis panduan dan etika penggunaan internet. Kami dikehendaki memuat turun bahan berkenaan dengan etika penggunaan internet dan hak cipta. Maklumat-maklumat daripada bahan yang diperoleh dipindahkan ke dalam bentuk brosur dengan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher dan Microsoft Offoce Power Point. Sepanjang sesi pembelajaran pada minggu 3, saya belajar dan mempertajam kemahiran menghasilkan brosur yang selama ini tidak dapat saya kuasai dengan baik. Saya bersyukur dapat menghasilkan satu brosur yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemahiran saya. Saya akan berusaha dengan lebih tekun lagi pada masa akan datang untuk menguasai kemahiran menghasilkan brosur dengan baik. Manakala bagi tugasan penghasilan slaid Power Point pula ialah merupakan tugasan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran sedia ada saya. Oleh itu, kedua-dua tugasan ini dapat membantu membaiki dan meningkatkan kemahiran sedia ada saya dalam menghasilkan brosur dan slaid Power Point. 


Minggu 4

Pada minggu 4, pembelajaran berfokus kepada pemilihan bahan untuk PdP bahasa Melayu iaitu memilih bahan sastera, memilih bahan tatabahasa dan memilih bahan bidang ilmu lain. Pensyarah pembimbing telah menghantar satu sedutan video ke e-mel kelas dan kami diminta untuk memuat turun video tersebut sebagai bahan tugasan. Tugasan pada minggu 4 ialah mengedit sedutan video menggunakan aplikasi Video Editor Woder Share. Saya mengalami masalah semasa melakukan tugasan tersebut kerana aplikasi yang telah diinstall tidak berfungsi dengan baik dan kerap terganggu sehingga mengganggu fokus saya terhadap tugas. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan saya agak lambat dalam menyiapkan tugasan tersebut. namun demikian, bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan rakan-rakan membolehkan saya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya.


Minggu 5

Minggu 5 merupakan minggu yang paling penting, kerana pada minggu ini kami dikehendaki membina dan menggunakan laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam PdP bahasa Melayu. Saya telah membina satu blog yang boleh diakses di URL: http://bmm3053mohtarkamaludin.blogspot.com/. Manakala bagi pakej tutorial pula, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan satu pakej pembelajaran untuk PdP bahasa Melayu tahun 4. Penghasilan pakej pembelajaran adalah menggunakan perisian Microsoft Office Power Pount. Ini merupakan penghasilan pakej pembelajaran kedua sepanjang saya menuntut di sini. Hal ini kerana pada semeseter 1 program persediaan, saya juga pernah menghasilkan pakej pembelajaran untuk memenuhi kehendak tugasan kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Penghasilan pakej pada kali agak mencabar, kerana saya perlu menghasilkan pakej pembelajaran yang khusus untuk pengajaran bahasa Melayu. Cabaran utama dalam penghasilan pakej ini ialah dari aspek pemilihan bahan yang sesuai dengan objektif pelajaran yang telah saya tetapkan sendiri. Namun demikian, pengetahuan sedia ada membantu saya mengatasi masalah ini dengan berkesa. Sebaliknya, penghasilan laman web pembelajaran merupakan sesuatu yang baru kepada saya. Hal ini kerana, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai blog sendiri. Pada peringkat permulaan dalam membinan blog, saya agak lambat untuk menangkap cara membina blog yang dijelaskan oleh Ruddy. Namun demikian, tunjuk ajar Ruddy secara peribadi membantu saya membina sebuah blog yang cukup membanggakan saya. Kesemua bahan yang diperoleh dan dikumpul pada minggu yang sebelumnya akan di muat naik ke blog tersebut. Oleh yang demikian, pada minggu 5, saya bukan sahaja mengetahui cara untuk membina blog, tetapi pelbagai kemahiran lain yang saya peroleh seperti cara-cara memuat naik bahan-bahan ke blog, cara menyusun atur laman utama blog supaya lebih tersusun dan lain-lain. 


Refleksi 

Secara keseluruhannya, pelbagai ilmu dan kemahiran baharu yang saya perolehi semasa mengikuti kursus ini terutama mengenai kemahiran teknologi maklumat yang perlu saya perbaiki dan dari semasa ke semasa. Antara pengetahuan dan kemahiran yang saya peroleh ialah penggunaan enjin pencari dengan lebih efektif, pengelasan bahan bahasa Melayu kepada beberapa kategori iaitu audio, imej, teks dan video. Walaupun kemahiran ini nampak agak remeh, tetapi sebenarnya memerlukan fokus, ketekunan dan kesabaran dalam melakkannya. Di samping itu, saya juga mengetahui  cara untuk mengedit video dengan menggunakan aplikasi Video Editor Wonder Share. Pada hakikatnya, selama ini saya tidak pernah menggunakan aplikasi untuk mengedit video seperti Movie Maker, walaupun aplikasi tersebut tersedia dalam komputer riba saya. Selain itu, tugasan utama kursus ini ialah membangunkan sebuah blog dan semua hasil kerja amali dimuatnaikkan ke laman blog tersebut. Blog saya boleh dilayari di URL: http://bmm3053mohtarkamaludin.blogspot.com/.
            Di samping itu, melalui kursus ini juga saya belajar menggunakan aplikasi yang berfungsi untuk menukar format dokumen kepada format JPEG iaitu dengan menggunakan aplikasi Snipping Tool dan PrtSc. Cara ini penggunaan aplikasi ini agak mudah jika dibandingkan dengan cara lain. Hal ini secara tidak langsung menambah dan mempertajam kemahiran saya dalam teknologi maklumat. Selain daripada belajar untuk menukar format dokumen kepada format JPEG, saya juga belajar mengedit gambar dengan menggunakan aplikasi PIZAP. Aplikasi ini boleh diakses di URL: http://www.pizap.com/.
            Natijahnya, pelbagai pengetahuan dan kemahiran baharu yang saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna kepada saya sebagai bekalan untuk menghadapi dunia pendidikan yang kian mencabar kini. Sesungguhnya, sepanjang mengikuti kursus ini pelbagai kemahiran baharu yang dapat saya peroleh dan kuasai. 



No comments:

Post a Comment