Monday, 29 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (29092014)


1. Air dicencang, takkan putus.
Hubungan kekeluargaan tidak dapat diputuskan.

2. Air diminum rasa seperti duri; nasi dimakan rasa seperti sekam.
Sangat sedih.

3. Air keruh, ikan limbat keluar. 
Apabila berlaku keadaan kacau-bilau dan huru-hara, orang jahat akan mencari untung. 

Sunday, 28 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini 


1. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. 
Hidup tidak boleh mementingkan diri sendiri.

2. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. 
Walau apa sekalipun yang dibuat, jangan melanggar adat dan agama. 

3. Adat dipakai baru, kain dipakai usang. 
Adat yang baik, apabila diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya, kain apabila dipakai akan menjadi buruk. 

4. Adat juara, ada kalah ada menang. 
Apabila berani bertanding, tentu ada risiko kalah. 

5. Adat orang mengail, jikalau ikan terlepas tentulah dikatakan ikan itu besar. 

6. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

7. Adat pulau limburan pasang. 
Hidup hendaklah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin; yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. 

8. Adat sepanjang jalan; cupak sepanjang betung. 
Hidup tidak akan terlepas daripada peraturan; setiap tempat ada adat kebiasaannya sendiri. 

9. Adat teluk, timbunan pasir. 
Apabila kita kaya, banyak orang akan meminta tolong. 

10. Air besar boleh menghanyutkan. 
Orang pendiam, biasanya berilmu. 

11. Air besar, tetapi sampan tidak hanyut.
Apa-apa yang diharapkan tidak berlaku.

12. Air dalam berenang; air dangkal bercebok.
Apabila berbelanja biarlah ikut kemampuan. 

Wednesday, 24 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (24092014)


1. Adakah akan hilang bisa ular yang meyusup di bawah akar?
Orang yang mulia, tidak akan jatuh martabatnya dan menjadi hina apabila dia merendah diri.

2. Adakah sama air hujan dengan air telaga.
Taraf dan kedudukan orang-orang yang kaya lagi mulia dan tidak akan sama dengan orang yang miskin lagi hina. 

3. Adat air cair, adat api panas.
Tiap-tiap sesuatu mempunyai sifat-sifat semula jadi yang tidak akan berubah. 

Tuesday, 23 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (22092014)


1. Ada udang di sebalik batu. 
Mempunyai niat tersembunyi. 

2. Ada ulam, adalah sambal.
Setiap sesuatu mempunyai pasangannya. 

3. Ada umpan, mestikah ada ikan?
Walaupun sudah berusaha, akhirnya nasib juga yang menentukan. 


______________________________________________________________________


Peribahasa Hari Ini (23092014)


1. Ada umur, adalah rezeki. 
Selagi hidup mempunyai rezeki. 

2. Adakah dari telaga yang keruh, akan mengalir air yang jernih?
Orang baik-baik, takkan kotor bahasanya. 

3. Adakah duri hendak dipertajam?
Apabila berkonflik, jangan dikeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. 

Sunday, 21 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (21092014)


1. Ada tangga, tetapi hendak memanjat tiang.
Bodoh: ada cara yang senang, tetapi sengaja memilih cara yang susah. 

2. Ada tugal, adalah benih.
Segala usaha tentu ada hasilnya; apabila cuba membuat perkara baik tentu ada orang yang mahu menolong. 

3. Ada ubi, ada batas; ada budi, ada balas.
Semua perbuatan tentu ada balasannya. 

Saturday, 20 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (20092014)


1. Ada rotan, adalah duri.
Ada senang, tentu ada susahnya.

2. Ada sampan, tetapi hendak berenang.
Bodoh: ada cara yang senang, tetapi sengaja memilih cara yang susah. 

3. Ada sirih, tetapi hendak makan sepahnya. 
Ada pilihan yang baik, tetapi sengaja memilih cara yang susah. 

Friday, 19 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Iini (19092014)


1. Ada padi, semua kerja jadi; ada beras, semua kerja deras.
apabila seseorang itu mempunyai wang semua kehendaknya dapat dibuat.

2. Ada pasang, adalah surut.
Ada masanya untung, ada masanya malang.

3. Ada persembahan, adalah kurnia.
Berbuat baik tentu akan dibalas baik.

Thursday, 18 September 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini (14092014)


1. Ada asap, adalah api.
Dua orang yang sangat rapat, sangat berkasih-kasihan, tidak boleh dipisahkan; akrab; sentiasa bersama.

2. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
Di mana kita tinggal, di situ pasti ada rezeki.

3. Ada beras, taruh dalam padi; ada ingat, taruh dalam hati
Apabila mempunyai cita-cita, jangan diheboh-hebohkan sebelum ia tercapai.

__________________________________________________________________________


Peribahasa Hari Ini (15092014)


1. Ada biduk, hendak serempu pula.
Belum berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki.

2. Ada bukit, adalah paya.
Ada yang baik, ada yang buruk; ada yang miskin, ada yang kaya.

3. Ada gigi dengan lidah sahaja.
Orang kecil, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, cuma boleh bercakap sahaja.

_________________________________________________________________________


Peribahasa Hari Ini (16092014)


1. Ada gula, adalah semut.
Di mana ada rezeki, di situ tentu ramai orang datang.

2. Ada hujan, ada panas, ada hari, boleh balas.
Setiap perbuatan akan ada balasannya.

3. Ada jarum, ada benangnya.
Setiap sesuatu itu mempunyai pasangannya.

_________________________________________________________________________


Peribahasa Hari Ini (17092014)


1. Ada kerak, adalah nasi.
Setiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya.

2. Ada laut, adalah perompak.
Setiap sesuatu mempunyai pasangannya.

3. Ada lurah di sebalik bukit.
Mempunyai niat tersembunyi. 

_________________________________________________________________________


Peribahasa Hari Ini (18092014)


1. Ada nasi di balik kerak.
Masih ada perkara yang belum selesai.

2. Ada padang, ada belalang.
Apabila ada negara tentu ada rakyatnya. 

3. Ada padi masak, adalah pipit. 
Orang yang baik budi tentulah disayang orang, dan ramai yang mendekatinya.