Wednesday, 15 October 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini 


1. Air yang penuh dalam tempayan itu tidak akan berkocak.
Orang yang mempunyai banyak ilmu biasanya pendiam.

2. Air yang jernih, ikannya jinak.
Di negeri yang makmur dan aman, rakyatnya baik-baik dan berbudi.

3. Akal bagai akar, dipulas tidak putus. 
Orang yang pintar susah dikalahkan.

4. Akal bagai labah-labah, di gua buruk suka merakut.
Amat pandai menipu.

5. Akal tak sekali datang; runding tak sekali tiba.
Mesti tekun dan sabar kerana tidak ada kerja yang serta-merta boleh mendatangkan hasil ataupun menjadi sempurna.

6. Akar terjuntai, tempat siamang berpegang. 
Apabila hendak tahu salah orang, dengarkan tutur katanya.

7. Aku kalah, engkau pun tidak menang.
Tidak mahu mengakui kekalahan. 

Friday, 10 October 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini


1. Air surut, sampah ke hilir bersama; air pasang, sampah tersangkut.
Dalam kerja yang tidak menguntungkan kita diajak bersama,apabila untung kita diketepikan. 

2. Air susu dibalas dengan air tuba.
Budi baik dibalas jahat.

3. Air takkan pasang selalu, di mana masanya ia sentiasa surut.
Nasib tidak dapat ditentukan. 

4. Air tawar secawan dituang ke laut, tidak akan dapat menghilangkan masinnya. 
Diberi bantuan kecil untuk masalah besar. 

5. Air tenang jangan disangka tiada buaya. 
Orang pendiam jangan disangka bodoh ataupun penakut. 

6. Air tenang menghanyutkan. 
Orang pendiam membahayakan. 

7. Air yang dingin juga dapat memadamkan api. 
Kata-kata lembut dapat meredakan marah.

Wednesday, 1 October 2014

Peribahasa Hari Ini

Peribahasa Hari Ini


1. Air laut hijau, siapakah yang mewarnakannya?
kekayaan tidak perlu diheboh-hebohkah.

2. Air mudik sungai, semua teluk diranai.
Orang boros tidak memilih-milih apabila membeli.

3. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Patuhilah adat dan peraturan, walau di mana jua kita berada. 

4. Air pun ada pasang surutnya. 
Ada masanya untung, ada masanya rugi. 

5. Air sama air, sampah ke tepi jua. 
Hubungan darah dan kekeluargaan lebih kuat daripada orang lain. 

6. Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
Perkara kecil dibesar-besarkan.